top of page
Search
Writer's picturekongsi cerita

(Terbaru) Ini senarai pemaju yang telah di blacklist!

*Artikel ini telah dikemaskini pada 6 November 2020.


Umum sudah sedia maklum pemeriksaan rapi adalah penting sebelum membeli hartanah, terutamanya rumah pertama dan hartanah pelaburan. Anda boleh melakukan pemeriksaan segera ke atas pemaju hartanah sebelum membuat sebarang komitmen. Artikel ini menerangkan caranya.


Melabur dalam hartanah melibatkan belanja yang besar dan bagi sesetengah orang, peluang yang datang hanya sekali seumur hidup. Maka berwaspadalah dan jangan mudah percaya dengan janji-janji manis yang ditabur oleh pemaju. Ini kerana hartanah idaman anda itu mungkin daripada pemaju yang telah disenarai hitamkan.

Jika sedang mencari rumah idaman dan ingin mengelak daripada ditipu oleh pemaju, bacalah artikel ini. Apa? Dah terbeli hartanah daripada pemaju dalam senarai hitam ini? Jangan khuatir, kami ada penyelesaiannya.


Pemaju hartanah jenis bagaimana yang perlu anda jauhi?

Sebelum anda berbelanja besar membeli sebuah hartanah, semak sama ada pemaju hartanah terbabit pernah mengalami masalah dalam projek mereka atau sedang berhadapan dengan masalah yang melibatkan pihak berkuasa. Jabatan Perumahan Negara (JPN) ada membuat senarai hitam pemaju hartanah di Malaysia dan baru-baru ini telah mengeluarkan senarai terkini.

Pemaju dalam senarai hitam diletakkan di dalam empat kategori kesalahan seperti berikut:


1. Pemaju tanpa lesen

Di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966, pemaju hartanah dikehendaki memohon lesen dan permit sebelum memulakan projek dan menjual kepada orang awam. Kegagalan berbuat demikian merupakan satu kesalahan di bawah Akta ini. Biasanya, pemaju akan memaparkan lesen dan nombor permit mereka pada risalah dan brosur mereka serta di galeri jualan.

Pemaju berikut merupakan antara pemaju tanpa lesen dalam senarai yang dikemaskini pada 3 September ini:

  • SPS Setia Sdn Bhd

  • Lestari Puchong Sdn Bhd

  • CT Bakti Timor Sdn Bhd

  • Expand Factor Sdn Bhd

  • Penta Heights Sdn Bhd

  • Binalif Property & Development Sdn Bhd (Hyrax Property & Development S/B)


2. Pemaju yang terlibat dengan projek perumahan terbengkalai


Ada banyak sebab mengapa sesebuah projek boleh terbengkalai. Antaranya pemaju tidak berpengalaman, strategi pemasaran dan jualan yang lemah, masalah kewangan, kegawatan ekonomi, pertikaian

antara pihak berkepentingan, salah urus syarikat dan hal-ehwal perniagaan oleh pemaju dan kelalaian pihak berkuasa dalam pemantauan dan penguatkuasaan.

Setakat November 2017, sebanyak 253 projek perumahan swasta terbengkalai direkodkan di Semenanjung Malaysia. Majoriti projek ini adalah di Selangor.

Setakat 20 Oktober 2020, terdapat 187 pemaju dalam senarai projek terbengkalai. Ini satu angka yang mengejutkan.

Dua projek terbengkalai terbaru ialah Puncak Jalil (dahulu dikenali sebagai Bandar Seri Bukit Jalil) oleh Maxisegar Sdn. Bhd. dan Taman Setia Indah, Johor Bahru oleh YMN Properties Sdn. Bhd

Antara pemaju terbabit ialah:

  • BSC Development Sdn. Bhd.

  • Asian Lion Enterprise Sdn Bhd

  • Sri Hartamas Corporation Sdn Bhd

  • Evergreen Acres Sdn Bhd

  • Bukit Tandak Development Sdn. Bhd

  • Maymont Development Sdn Bhd

  • Villa Genting Properties Sdn Bhd

Untuk senarai penuh, klik di sini.



3. Pemaju yang ingkar award Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR)


Bagi yang belum tahu, Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) menyediakan cara mudah, segera dan menjimatkan untuk pembeli rumah membuat tuntutan berkaitan perumahan daripada pemaju, umpamanya kecacatan mutu kerja dan kelewatan dalam serahan pemilikan kosong. TTPR terletak dalam bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan keputusan muktamad yang dibuat oleh Tribunal dipanggil award. Selepas award diberikan, pemaju bertanggungjawab membayar pampasan kepada pembeli terbabit.


Setakat 30 Oktober 2020, hampir 300 pemaju gagal mematuhi TTPPR termasuk:

• Abra Development Sdn Bhd • Ban Soon Aik Development Sdn Bhd • Diamond Crest Sdn Bhd • Hartaplus Realty Sdn Bhd • Lestari Puchong Sdn Bhd • Sky Venture Management Sdn Bhd • Wangsa Idaman Sdn Bhd

Untuk senarai penuh, klik di sini.



4. Pemaju yang gagal membayar kompaun



Pemaju yang melanggar undang-undang akan dikenakan caj berlebihan dipanggil kompaun. Kompaun yang dikenakan adalah antara RM5,000 hingga RM50,000 mengikut jenis kesalahan yang terbahagi kepada tiga kluster utama seperti di bawah:


i. Pengkompaunan kesalahan pemaju perumahan berlesen di bawah seksyen 7 and 18(c) Akta 118.


ii. Pengkompaunan kesalahan Permit Iklan dan Jualan mengikut peraturan 5 Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.


iii. Pengkompaunan kesalahan pengurusan dan penyelenggaraan Akaun Pemajuan Perumahan di bawah Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (1A), 5 (6), 6 Akaun Pemajuan Perumahan) 1991.


Setakat 30 Oktober 2020, terdapat 412 pemaju yang masih belum membayar kompaun mereka – ini adalah peningkatan daripada 387 pemaju yang gagal membayar TPPR mereka setakat 4 September 2020 lepas.

Antara pemaju tersebut ialah:

  • Ajumas Engineering Sdn Bhd

  • Crystal Amber Sdn Bhd

  • Fajar Melati Sdn Bhd

  • Idaman Ekspres Sdn Bhd

  • Macvilla Sdn Bhd

  • SOE Brothers Sdn Bhd

  • Top Impression Sdn Bhd

Untuk senarai penuh, klik di sini.


Sumber : iproperty.com.my

37 views0 comments

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page